Hubung agenda generasi muda dengan dasar negeri

LocalPolitics
20 Jul 2026 • 12:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Hubung agenda generasi muda dengan dasar negeri

SHAH ALAM, 20 JUL: Selangor menggunakan pendekatan menyeluruh bagi membangunkan generasi muda dengan menghubungkan dasar belia kepada pelbagai agenda negeri.

Menurut EXCO Belia Najwan Halimi, ia termasuk ekonomi, pendidikan, sukan, industri kreatif dan teknologi menerusi pendekatan anjal yang disesuaikan mengikut perubahan generasi.

"Kelebihan Selangor ialah kita tidak melihat pembangunan belia secara terpisah.

"Belia hari ini tidak semuanya berada dalam persatuan, maka pendekatan kita juga lebih fleksibel iaitu melalui kampus, komuniti, sukan, e-sukan, industri kreatif dan platform digital," katanya kepada Media Selangor.

Najwan memberitahu Selangor berazam untuk mengadakan pelbagai program dan inisiatif berdampak tinggi bagi memperkasa pembangunan belia serta melahirkan pemimpin muda berkualiti.

Beliau berkata ia antaranya Konvensyen Belia Selangor, pertandingan debat, Penggerak Belia Selangor (PeBS), SERVE Selangor, latihan kepimpinan serta sokongan kepada pertubuhan belia.

Katanya, program sukarelawan, kepimpinan, persatuan belia dan kegiatan kemasyarakatan diperkukuh bagi melahirkan generasi muda berdaya saing yang memiliki integriti, empati dan bertanggungjawab.

Menurut Najwan lagi, Selangor juga menawarkan peluang pekerjaan yang terbesar, jaringan industri yang kukuh serta institusi pendidikan berkualiti kepada golongan belia.

Katanya, ekonomi yang dinamik hasil sokongan pentadbiran negeri terhadap pembangunan bakat dan keusahawanan menjadikan Selangor destinasi pilihan anak muda untuk membina masa depan.

"Anak muda bukan datang ke Selangor sekadar mencari pekerjaan, tetapi untuk membina masa depan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved