Selangor perkasa pembangunan belia, lahir pemimpin muda berkualiti

LocalPolitics
20 Jul 2026 • 9:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor perkasa pembangunan belia, lahir pemimpin muda berkualiti

SHAH ALAM, 20 Julai: Kerajaan Negeri melaksanakan pendekatan pembangunan belia secara lebih holistik dengan menghubungkan dasar belia kepada pelbagai agenda.

EXCO Belia Mohd Najwan Halimi berkata ia termasuk ekonomi, pendidikan, sukan, industri kreatif dan teknologi menerusi pendekatan felksibel yang disesuaikan mengikut perubahan generasi.

"Kelebihan Selangor ialah kita tidak melihat pembangunan belia secara terpisah.

"Belia hari ini tidak semuanya berada dalam persatuan, maka pendekatan kita juga lebih fleksibel iaitu melalui kampus, komuniti, sukan, e-sukan, industri kreatif dan platform digital," katanya kepada Media Selangor.

Image from: Selangor perkasa pembangunan belia, lahir pemimpin muda berkualiti
EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi berkata Selangor melaksanakan pendekatan pembangunan belia secara lebih holistik dengan menghubungkan dasar belia kepada pelbagai agenda. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

Najwan berkata, Selangor komited melaksanakan pelbagai program dan inisiatif berimpak tinggi bagi memperkasa pembangunan belia serta melahirkan pemimpin muda yang berkualiti.

"Antara inisiatif yang memberi impak besar ialah program pembangunan kepimpinan seperti Konvensyen Belia Selangor, Pertandingan Debat, Penggerak Belia Selangor (PeBS), SERVE Selangor, latihan kepimpinan serta sokongan kepada pertubuhan belia," ujarnya.

Image from: Selangor perkasa pembangunan belia, lahir pemimpin muda berkualiti
Sukarelawan Selangor (Serve) bergotong royong membersihkan kawasan di sekitar Putra Harmoni di Putra Height, Subang Jaya pada 13 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Tambah beliau, Kerajaan Negeri terus memperkukuh program sukarelawan, pembangunan kepimpinan, persatuan belia dan aktiviti komuniti bagi melahirkan generasi muda yang berdaya saing serta mempunyai integriti, empati dan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.

"Pembangunan belia mesti bersifat holistik. Ekonomi boleh membina kemakmuran, tetapi kepimpinan dan nilai membina negara," katanya.

Menurut Najwan, Selangor menawarkan peluang pekerjaan yang terbesar, jaringan industri yang kukuh serta institusi pendidikan berkualiti kepada golongan belia.

Katanya, ekonomi negeri yang dinamik bersama sokongan Kerajaan Negeri terhadap pembangunan bakat dan keusahawanan menjadikan Selangor destinasi pilihan anak muda untuk membina masa depan.

"Anak muda bukan datang ke Selangor sekadar mencari pekerjaan, tetapi untuk membina masa depan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved