Hugging Face hari ini telah membuka tempahan untuk robot sumber terbuka mereka, dinamakan Reachy Mini.
Untuk makluman, sebelum ini, Hugging Face sedia mengambil-alih syarikat dalam memfokuskan kepada robotik, membolehkan kod-kod dibangunkan untuk digunakan bersama pembangunan robot. Kini, dalam usaha memudahkan para pembangun mengujinya, HuggingFace turut menawarkan robot Reachy Mini untuk dibeli, membolehkan kod dijalankan padanya dan digunakan dalam pembangunan.
Reachy Mini hadir dalam saiz kecil, menjalankan Raspberry 5, serta hadir dengan kit yang membolehkan pembangun membangunkan pelbagai ciri tambahan di atasnya. Robot ini dioptimasikan untuk menggunakan Python. Selain versi Reachy Mini, sebuah lagi model ditawarkan, iaitu Reachy Mini Lite yang dipautkan ke komputer.
Pihak HuggingFace turut mengintegrasikan ia bersama Hugging Face Hub, sekaligus memberikan akses kepada sejumlah model AI dan set data yang boleh digunakan bersama robot berkenaan. Dengan langkah ini, para pembangun turut boleh menguji sejumlah perkara
Reachy Mini Lite ditawarkan pada harga $299, sementara Reachy Mini pula ditawarkan pada harga $449. Mereka yang berminat, boleh melakukan pra-tempahan hari ini, dan menerimanya dalam masa beberapa bulan lagi.


