Hujan berterusan di lima negeri hingga esok

LocalEnvironment
12 Dec 2024 • 2:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, lima negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu.

"Di Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling, diikuti Perak (Hulu Perak) manakala di Kelantan membabitkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

"Bagi Terengganu, kawasan terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hisham berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan atau menghubungi hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638. - Bernama