Hujan Berterusan Di Lima Negeri Hingga Esok

LocalEnvironment
12 Dec 2024 • 2:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Berterusan Di Lima Negeri Hingga Esok

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata lima negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu.

“Di Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling, diikuti Perak (Hulu Perak) manakala di Kelantan membabitkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Bagi Terengganu, kawasan terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hisham berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan atau menghubungi hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638.

Sumber: BERNAMA