METMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri Petang Ini

12 Dec 2024 • 3:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

METMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri hingga jam 6 petang ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut METMalaysia, seluruh kawasan di negeri Melaka diramal mengalami cuaca buruk itu hingga petang ini.

“Di Perak melibatkan dua daerah, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Temerloh.

“Di Selangor kawasan yang terlibat termasuk Kuala Selangor dan Hulu Selangor selain daerah Jelebu, Jempol dan Tampin pula di Negeri Sembilan.

“Dalam pada itu, beberapa daerah di Johor seperti Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi diramal hujan.

“Sementara di Sarawak termasuk kawasan Serian (Serian), Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang.

“Negeri Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02TCv2Kj85EAC8nHkgZenfPD7HV93a9yBnC1ENbCXVxFv9WfBEs1ukHQzDGCsunj1sl