Hujan bukan penghalang! Puluhan ribu peserta banjiri RXZ Members 7.0 bersama Ustaz Azhar Idrus

LocalEntertainment
22 Aug 2025 • 9:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Hujan lebat langsung tidak menghalang ribuan peserta Himpunan RXZ Members 7.0 membanjiri Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, petang tadi.

Antara acara paling mendapat perhatian ialah Program Bual Bicara RXZ Members bersama pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang turut menarik penyertaan peserta luar Terengganu termasuk dari Sabah dan Sarawak.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Puluhan ribu peserta banjiri RXZ Members 7.0 bersama Ustaz Azhar Idrus

Malah, suasana di kawasan acara terus meriah apabila peserta tekun mengikuti perkongsian ilmu UAI yang diselitkan dengan gaya santai dan jenaka beliau.

Pada sebelah malam, pentas RXZ Members turut gamat dengan persembahan artis terkenal antaranya Zamani Slam, Yantzen, Datuk Rosyam Nor, Azmani dan Pablo Amirul.

image is not available

image is not available

Acara turut diserikan dengan Jamuan Rakyat RXZ Members yang menampilkan menu utama 100 ekor kambing bakar bermula jam 8.30 malam.

image is not available

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin yang turun padang meninjau keadaan mengingatkan peserta supaya menjaga keselamatan dan mematuhi peraturan sepanjang himpunan berlangsung.

“Kita dapati aliran trafik setakat ini lancar dan terkawal. Peserta juga memberi kerjasama yang baik,” katanya.