“Ini kami ada bagi toto” – Peniaga Sediakan Tempat Tinggal Percuma Buat ‘Musafir’ RXZ Member Dipuji Netizen

Entertainment
22 Aug 2025 • 5:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pengusaha kedai makan dari pantai timur mendapat pujian orang ramai selepas menjadikan premisnya sebagai ‘hotel percuma’ untuk peserta yang terlibat dalam konvoi RZX Members 7.0 2025.

Berdasarkan perkongsian, peniaga itu ada mengalu-alukan ahli yang tiada tempat penginapan untuk bermalam di premisnya dan boleh menggunakan kemudahan di situ secara percuma.

 

“Kemudahan sikit-sikit tu ada”

Peniaga tersebut menunjukkan keadaan sekeliling premis dan kemudahan yang terdapat di situ. Akui tempatnya tidak berapa selesa, namun dia mengatakan sekurang-kurangnya tempat itu dapat membantu mereka yang tiada penginapan.

“Tempat tidur percuma untuk musafir RXZ Members. Jemputlah mana yang tiada tempat tidur. datanglah tidur di sini.”

“Kemudahan sikit-sikit tu ada, kalau nak selesa memang tidaklah. Sini biasa-biasa je. Lokasi, Kedai Nasi Kukus F1, Banggol Pauh.”

Peniaga tersebut turut menyediakan kemudahan lain seperti tilam, penapis air, tandas dan tapak yang luas jika ingin mendirikan khemah.

Ada dua tandas. Kalau ada khemah, boleh berkemah. Kedai saya besar. Air Coway sejuk dan panas ada, gelas pun ada. Kami ada letak juga gula dan teh, kami ada plug untuk cas.”

Dari segi keselamatan, peniaga menjelaskan bahawa kedainya dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV). Bahkan, peniaga tidak harapkan sebarang bayaran daripada mereka, cukup berdoa buatnya sahaja.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji kemuliaan peniaga ini untuk menghulurkan bantuan buat mereka ini.

image is not available image is not available image is not available

Di samping itu, ramai juga netizen yang berpesan kepada ahli yang terlibat agar menjaga kebersihan dan hargai bantuan yang dah diberikan buat ahli-ahli mereka.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.