Hujan lebat akibatkan banjir kilat di Sandakan

LocalEnvironment
17 Jan 2025 • 12:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan mengakibatkan banjir kilat di kebanyakan kawasan rendah dan berisiko di Sandakan sejak Rabu malam.

Antara kawasan yang terjejas teruk termasuk jalan raya utama di sini seperti Jalan Utara, Jalan Nasalim, Jalan Lintas Sibuga, Bulatan Helang, Batu 10 dan beberapa kawasan di sekitar Batu 6 dan Batu 7.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Banjir kilat juga menyebabkan penutupan Jalan Nasalim -Bulatan Helang yang tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sandakan, Kapten Sulaiman Salama, APM turut menerima panggilan kecemasan berhubung lima kes pokok tumbang pada Khamis.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Lima kes itu berlaku di laluan bangunan persekutuan Batu 7, Jalan Institut Latihan Perindustrian, Jalan Midtown Sri Taman, Jalan IJM South Condo dan Jalan Grandview.

Selain itu, hujan lebat turut mengakibatkan tanah runtuh di Bukit Cina berhampiran kawasan perumahan Taman Indah Jaya, Batu 4. PASUKAN APM dan Bomba memindahkan seorang wanita ke tempat yang selamat.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah, membabitkan Telupid, Beluran dan Sandakan hingga 17 Januari.

Sementara itu, tinjauan Harian Ekspres mengenai situasi banjir kilat, ramai pengguna jalan raya menyatakan rasa kesal mereka mengenai keadaan perparitan di kebanyakan kawasan di daerah Sandakan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Antara keluhan yang didengar adalah sistem perparitan kecil dan cetek di kebanyakan jalan utama sekali gus tidak menampung jumlah air hujan.

Menurut penduduk setempat, sistem perparitan sedia ada tidak mampu menampung jumlah air hujan yang banyak, apatah lagi ia tersumbat akibat sampah sarap dan lumpur.

Pengguna jalan raya turut berharap pihak berkuasa tempatan mengambil inisiatif meningkatkan keupayaan sistem perparitan di daerah ini.

Justeru, orang ramai dinasihati mengambil langkah berwaspada sepanjang musim luruan monsun ini dan disaran melaporkan sebarang kejadian kecemasan kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, APM bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan memindahkan mangsa banjir yang terperangkap di beberapa lokasi di sini.

Antara bantuan yang dihulurkan oleh APM dan Bomba adalah memindahkan seorang ibu bersama tiga anaknya yang terperangkap di dalam rumah mereka di Batu 12.

Turut dipindahkan seorang wanita warga emas yang berkerusi roda. Kesemua mangsa ini dipindahkan ke tempat yang selamat. Salah satu jalan yang dinaiki air.

APM dan Bomba turut membantu memindahkan murid-murid sekolah yang terperangkap di dalam sebuah bas mini di Kampung Gum-Gum.

Difahamkan bas mini yang dinaiki murid- murid terbabit terkandas akibat banjir kilat dan tidak dapat melalui kawasan yang dinaiki air.

Bas mini terbabit kemudiannya ditunda manakala murid-murid dipindahkan menggunakan lori APM.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Severinus Sainkui berkata, pihaknya kini giat membuat pemantauan banjir terutamanya di kawasan berisiko.