Hujan lebat berterusan, 10 kawasan di Pulau Pinang terjejas banjir

LocalEnvironment
25 Oct 2026 • 8:32 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hujan lebat berterusan, 10 kawasan di Pulau Pinang terjejas banjir
Keadaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus yang dinaiki air susulan hujan lebat sejak malam Sabtu. Foto tular media sosial

GEORGE TOWN – Beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan sejak malam Sabtu sehingga pagi Ahad.

Antara kawasan terjejas adalah Bayan Baru, Bukit Jambul, Farlim, Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Jelutong, Greenlane, Butterworth, Permatang Pauh, Jalan P Ramlee dan Jalan Scotland.

Ketika ini, keadaan masih hujan lebat yang mana ia berpotensi menyebabkan cuaca buruk berterusan.

Bagaimanapun, maklumat mengenai paras air, jumlah kawasan terjejas dan sama ada terdapat penduduk yang dipindahkan masih belum disahkan oleh pihak berkuasa.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan laluan yang dinaiki air serta mengikuti perkembangan dan arahan pihak berkuasa khususnya sekiranya hujan lebat berterusan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved