Tanah runtuh Paya Terubong: SAM gesa siasatan segera

LocalEnvironment
25 Oct 2026 • 3:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tanah runtuh Paya Terubong: SAM gesa siasatan segera

GEORGE TOWN – Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjalankan siasatan segera berhubung kejadian tanah runtuh di Taman Seri Rambai, Paya Terubong di sini sehingga mengorbankan seorang warga emas, hari ini.

Presidennya, R. Meenakshi berkata, kejadian itu menimbulkan kebimbangan berikutan kawasan berkenaan dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tanah runtuh dan turut menempatkan kerja pemotongan bukit bagi projek pembinaan jalan raya.

Menurutnya, penduduk serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini telah memberi amaran bahawa kerja-kerja berskala besar di kawasan sensitif alam sekitar itu boleh mengancam keselamatan penduduk berhampiran dan orang awam.

”Malangnya, kejadian ini sekali lagi membuktikan kebimbangan yang dibangkitkan sebelum ini,” katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.36 pagi hari ini, seorang doktor, Wong Kar Lin, 73, ditemukan maut selepas tertimbus di bawah runtuhan konkrit akibat kejadian runtuhan tanah, kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Isteri mangsa, Chang Mei Nuo, 68, serta ibu mertuanya, Wong Poh Lim, 80-an berjaya menyelamatkan diri sebaik kejadian berlaku.-KOSMO! ONLINE

The post Tanah runtuh Paya Terubong: SAM gesa siasatan segera appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved