Hujan Lebat Berterusan Diramal Di Beberapa Negeri Hingga Esok

LocalEnvironment
28 Nov 2025 • 5:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Berterusan Diramal Di Beberapa Negeri Hingga Esok

Hujan lebat berterusan diramal akan berlaku di beberapa negeri sehingga 29 November (Sabtu).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda daerah Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu.

Bagi hujan berterusan tahap buruk juga membabitkan negeri Terengganu iaitu di daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu. Manakala di Pahang melibatkan daerah Jerantut dan Kuantan.

Sementara itu, tahap waspada pula melibatkan seluruh negeri Kelantan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

BACA: Ribut Tropika Senyar Melemah, Diturun Taraf Sistem Cuaca Tekanan Rendah

Di negeri Perak daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim dijangka turut terlibat.

Begitu juga di negeri Pahang iaitu melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Peka.

Manakala di Negeri Sembilan hanya melibatkan daerah Jelebu.

Sumber: Malaysian Meteorological Department

The post Hujan Lebat Berterusan Diramal Di Beberapa Negeri Hingga Esok appeared first on Siakap Keli.