Hujan Lebat Cetus Tanah Runtuh Di Kubur, Ada Kain Kafan Mayat Sampai Terdedah

5 Oct 2022 • 6:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Cetus Tanah Runtuh Di Kubur, Ada Kain Kafan Mayat Sampai Terdedah

Tular menerusi beberapa keping gambar yang menunjukkan kain kafan jenazah terkeluar dari tanah perkuburan berpunca dari hakisan tanah disebabkan hujan lebat di Cicendo, Bandung, Indonesia. . Gambar-gambar berkenaan menjadi bualan dan menarik perhatian netizen selepas dimuat naik oleh pemilik Twitter, txtdaribandung pada 5 Oktober 2022.

Menerusi gambar tersebut, beberapa kain kafan putih yang sudah pun lusuh dilihat terjulur keluar dari tanah perkuburan yang terhakis. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, dianggarkan sekurang-kurangnya tiga kubur terjejas dan berdepan dengan situasi yang menjadi bualan banyak pihak tu.

Pada salah satu kain kafan yang terdedah itu, ia dipercayai ikatan pada posisi kepala mayat memandangkan ia kelihatan seperti bahagian kepala yang terjulur keluar.

Ketika gambar itu diambil, hujan dipercayai sedang turun dengan lebat memandangkan dapat lihat luncuran air yang menuruni di bahagian tanah runtuh pada kawasan kubur tersebut.

Sebahagian daripada netizen yang melihat perkongsian tersebut berkata, gambar-gambar berkenaan membuatkan bulu roma mereka meremang dan menimbulkan rasa seram dalam diri. Pada masa yang sama, ada juga yang melahirkan rasa sedih dan berharap waris kepada penghuni kubur yang terjejas mengambil tindakan segera membaik pulih kubur ahli keluarga masing-masing.

Tidak kurang juga ada yang mengakui situasi tersebut menimbulkan rasa keinsafan dalam diri dan membayangkan nasib yang perlu dilalui diri sendiri ketika berada di alam kubur nanti.