[VIDEO] Tanah Kubur Runtuh Akibat Hujan Lebat, Jenazah Hampir Hanyut

5 Oct 2022 • 5:29 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hujan lebat berterusan

[VIDEO] Tanah Kubur Runtuh Akibat Hujan Lebat, Jenazah Hampir Hanyut. Dilaporkan 25 kubur terjejas akibat tanah runtuh sewaktu hujan lebat di Tanah Perkuburan Awam (TPU) Sirnaraga.

Memetik laporan media, pihak tanah perkuburan sedang mengenal pasti kubur yang terjejas tersebut untuk dimaklumkan kepada waris atau keluarga jenazah itu.

Difahamkan benteng penahan tanah perkuburan itu runtuh dan telah menyebabkan beberapa kubur terbongkar dan hampir menyebabkan beberapa jenazah hanyut akibat arus yang deras.

image is not available
[VIDEO] Tanah Kubur Runtuh Akibat Hujan Lebat, Jenazah Hampir Hanyut

25 kubur terjejas akibat tanah runtuh

Daripada 25 kubur yang terkesan akibat tanah runtuh itu, 10 kubur mengalami kerosakan dengan tujuh kubur dicadangkan untuk dipindahkan ke tempat yang lebih aman.

Ketua Polis Sektor Cicendo, Sadewa berkata kejadian tanah runtuh di sekitar perkarangan tanah kubur itu berpunca daripada hujan lebat yang berlaku sekitar jam 2.37 petang waktu Indonesia Barat.

Air yang mengalir dari Sungai Cilimus melimpah dan telah menyebabkan benteng di pinggir sungai itu runtuh sehingga kelihatan beberapa kain kafan jenazah.

Daripada tujuh kubur itu, dua daripadanya adalah jenazah kanak-kanak kecil, manakala lima lagi adalah jenazah dewasa. Menerusi paparan video yang tular, hanya beberapa jenazah boleh dilihat secara langsung seperti bahagian kepala.

Lagi cerita menarik di sini: