Keluarga Kongsi Video Terakhir Rambo Castello, Buat Ramai Sebak

24 Oct 2025 • 9:45 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Keluarga Kongsi Video Terakhir Rambo Castello, Buat Ramai Sebak

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, disebabkan itu sebagai umat Islam kita perlu percaya bahawa dunia ini hanyalah satu persinggahan untuk ke ‘negeri’ abadi.

Kehilangan insan tersayang sememangnya merupakan satu ‘tragedi’ yang memilukan bagi setiap orang yang mengalaminya. Hanya kenangan bersama akan terus kekal di ingatan dan hati.

Selagi masih berpeluang untuk bersama yang tersayang, rakamlah segala momen agar ia boleh menjadi kenangan apabila mereka tiada suatu hari nanti.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan pemergian pempengaruh media sosial, Rambo Castello atau nama sebenarnya Ahmad Radzli Che Ngah, 59.

Allahyarham meninggal dunia pada 17 Oktober lalu selepas beberapa hari di Rumah Sakit Sardjito, Jogjakarta susulan mengalami serangan jantung.

Jenazahnya telah dibawa pulang ke Malaysia pada 18 Oktober dan selamat dikebumikan.

Pemergiannya sangat dirasai oleh kebanyakan warga net yang selama ini mengikuti kandungan videonya di TikTok.

Terbaru, ahli keluarga Allahyarham telah memuat naik video terakhir yang dirakam Allahyarham ketika di Jogjakarta.

Video itu dikongsikan sebagai kenangan untuk semua pengikut Allahyarham.

“Sebagai wakil ahli keluarga arwah, saya mewakilkan untuk memuat naik video terakhir abah kami.

“Kami kongsikan sebagai kenangan buat semua yang mengenalinya. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat abah kami. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman,” kata wakil ahli keluarga di ruang kapsyen.

Menerusi video itu, dapat dilihat Allahyarham berada di lokasi tarikan di Jogjakarta dan berkongsi mengenai keindahan pemandangan di sana.

@matradzlee

Sebagai wakil ahli keluarga arwah, saya mewakilkan untuk memuat naik video terakhir abah kami. Kami kongsikan sebagai kenangan buat semua yang mengenalinya. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat abah kami. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman#rambocastello #bahasadaerah #alfatihah #fypシ

♬ original sound – Rambo Castello – Rambo Castello

Menjengah ke ruangan komen, anak perempuan kepada Allahyarham yang dikenali sebagai Yana Radzli turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan bapanya.

“Buat semua yang tidak pernah putus mendoakan arwah abah, terima kasih dari kami sekeluarga. Setiap doa dan ucapan kalian amat bermakna buat kami.

“Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan dan melimpahkan rahmat buat kalian semua,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai menyatakan rasa sebak melihat video terbabit dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Ada jugak video terakhir dari arwah untuk peminat-peminat arwah termasuk saya..semoga arwah ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman”

“Beliau tinggalkan video terakhir untuk tontonan peminat dan pengikut di TikTok, Al-Fatihah buat arwah Cikgu Li”

“Terima kasih hiburkan kami. Moga ditempatkan dikalangan orang beriman”

Allahyarham yang juga merupakan kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jeli sering menghiburkan orang ramai dengan slang Kelantan-Kuala Lumpur. Sehingga kini, beliau mempunyai lebih 300,000 ribu pengikut di TikTok

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah.