Hujan Lebat Di 9 Negeri, 1 Wilayah Malam Ini

1 Aug 2025 • 7:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Hujan Lebat Di 9 Negeri, 1 Wilayah Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri hingga 9 malam ini.

Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca itu akan melanda seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.

Ia juga melibatkan negeri Kedah iaitu di Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala, di Pulau Pinang pula melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Di Perak, cuaca buruk akan berlaku di daerah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.

Selain itu, hanya daerah Kuala Krai dan Gua Musang terlibat di negeri Kelantan. Bagi negeri Terengganu, ia melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

“Di Pahang, daerah yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Maran, Bera, Pekan dan Rompin.

Johor pula melibatkan kawasan di Segamat, Mersing dan Kota Tinggi,” kata MetMalaysia.

Beralih ke negeri Sarawak, ia melibatkan Kapit (Belaga), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Manakala di Sabah, daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau), Pantai Barat (Papar) dan Kudat turut akan mengalami hujan lebat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.