Hujan Lebat Di 9 Negeri & 3 Wilayah Malam Ini

LocalEnvironment
14 Oct 2025 • 6:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Di 9 Negeri & 3 Wilayah Malam Ini

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka akan melanda sembilan negeri dan tiga Wilayah Persekutuan hingga jam 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa keadaan cuaca itu akan berlaku di seluruh Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Selain itu, hujan lebat juga akan melanda Perak iaitu di daerah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Bagi negeri Terengganu, ia melibatkan daerah Dungun dan Kemaman.

Di Pahang pula, daerah Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin dijangka terlibat.

Sementara itu, di Johor, hanya daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang yang terlibat.

Beralih ke Sarawak, hujan lebat diramal akan melanda Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song dan Belaga), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Manakala, di Sabah melibatkan daerah Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau (Tawau).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.