Nubia Air Akan Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
14 Oct 2025 • 2:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nubia mengesahkan bahawa peranti terbaharunya Nubia Air akan ditawarkan di Malaysia bermula 17 Oktober 2025. Pengumuman ini dibuat melalui kemas kini rasmi di laman Facebook mereka sebentar tadi.

Walaupun harga jualan rasmi masih belum didedahkan namun boleh dijangka bahawa ia akan berada dalam kategori mampu milik selari dengan strategi harga Nubia sebelum ini.

image is not available

Spesifikasi penuh masih belum disahkan untuk pasaran Malaysia. Namun jika ia mengekalkan penawaran seperti model global, peranti boleh dilengkapi skrin AMOLED bersaiz 6.78 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 4500 nits. Ia juga akan dijana oleh cip Unisoc T8300 yang dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman sebesar 256GB.

image is not available

Untuk keupayaan fotografi, peranti ini mungkin hadir dengan kamera utama 50MP serta kamera swafoto 20MP. Bateri pula berkapasiti 5000mAh dan dimuatkan dalam tubuh peranti yang hanya setebal 5.9mm. Maklumat lanjut termasuk pengesahan spesifikasi dan harga jualan akan diumumkan semasa pelancaran rasmi kelak.