‘Pahalanya terus mengalir…’ Suara azan ikonik TV, radio & HP, muazzin terkenal Abu Bakar Sairi pergi selamanya akibat kanser hati

LocalLifestyle
27 Mar 2026 • 6:36 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: ‘Pahalanya terus mengalir…’ Suara azan ikonik TV, radio & HP, muazzin terkenal Abu Bakar Sairi pergi selamanya akibat kanser hati

MANTAN bilal Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Abu Bakar Sairi, menghembuskan nafas terakhirnya pada awal pagi Khamis.

Allahyarham yang berkhidmat sebagai bilal di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selama 27 tahun bermula 1987 hingga 2014 meninggal dunia pada usia 72 tahun meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, selepas bertarung dengan kanser hati, sejak setahun yang lalu.

Azan dialunkan Allahyarham tidak asing daripada memori umat Islam di negara ini. Suara ikonik Abu Bakar digunakan bagi azan Maghrib  menerusi saluran TV1 RTM pada tahun 1990-an menjadikan ia dekat di hati masyarakat.

Malah, alunan azannya yang merdu sering menjadi pilihan pelbagai aplikasi azan dan rakaman digital, menjadikannya

Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar, khususnya bagi mereka yang pernah menimba ilmu dan menghayati alunan azannya yang penuh keinsafan.

Image from: ‘Pahalanya terus mengalir…’ Suara azan ikonik TV, radio & HP, muazzin terkenal Abu Bakar Sairi pergi selamanya akibat kanser hati

Allahyarham telah berkhidmat sebagai bilal di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selama 27 tahun bermula 1987 hingga 2014 sebelum meneruskan khidmat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Menurut pengguna Facebook Aizat Ikhwan, Allahyarham Abu Bakar ialah figura penting dalam mendidik generasi pelapis.

"Al-Fatihah buat guru kami, mantan bilal Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam, Ustaz Abu Bakar Sairi.

"Baru dua tiga bulan lepas menziarahinya ketika beliau bertugas di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong. Walaupun dah mula uzur, tapi suara beliau masih padu. Beliau berkhidmat di sana sampai ke akhir hayat.

"Suara beliau yang ada dalam apps solat dalam hand phone kita. Beliau dan seorang lagi mantan bilal Masjid Negara, Almarhum Datuk Haroman Yaakub ialah guru-guru kami, bilal-bilal di Kuala Lumpur serta Selangor. Truly legend," kongsinya.

Sementara itu, warga maya mengakui suara merdu Allahyarham mengalunkan azan merupakan pahala yang berterusan.

Image from: ‘Pahalanya terus mengalir…’ Suara azan ikonik TV, radio & HP, muazzin terkenal Abu Bakar Sairi pergi selamanya akibat kanser hati
Kredit foto: Instagram Fedtri Yahya

"Semoga pahala jariah arwah berterusan selagi ada pengguna apps MySolat Jakim, aamiinn."

"Dia rupanya yang azan pada aplikasi Waktu Solat Malaysia, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman."

"Azan beliau yang mewarnai setiap waktu berbuka puasa pada bulan Ramadan tahun 2000-an di Radio Malaysia Perlis. Semoga rohnya dicucuri rahmat."

"Pahala arwah akan terus mengalir setiap kali azan di handphone kami berkumandang, aamiin."

Seawal usia 21 tahun, Allahyarham telah memulakan khidmat sebagai Bilal Masjid Samadiah, Pelabuhan Klang pada tahun 1975. Dia seterusnya menabur bakti di Masjid Tun Uda, Seksyen 16 Shah Alam dari tahun 1982 hingga 1986, kemudian di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selama 27 tahun sehingga bersara wajib.

Jenazah Allahyarham telah diuruskan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada jam 10 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 pada kira-kira 10.45 pagi Khamis.

Sumber: TikTok 1, 2, Facebook, 2

 

 

View Original Article