
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di empat negeri sehingga jam 4 petang ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran melibatkan Kuala Krai di Kelantan.
Selain itu, di Terengganu pula membabitkan Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.
Siap Sedia, Monsun Timur Laut Dijangka Bermula 27 Oktober & Ini Yang Akan Berlaku
MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di 3 Negeri Hingga 11 November
Beralih ke Sarawak, hujan lebat diramal di daerah Mukah (Daro, Tanjung Manis dan Matu), Sarikei (Sarikei dan Maradong), Sibu (Sibu dan Selangau).
Manakala di Sabah, hujan melibatkan Pantai Barat (Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Kota Belud dan Tuaran), Pedalaman (Membakut), Kudat, Sandakan (Paitan), Tawau.
Hujan lebat diramal di 4 negeri

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.




![[VIDEO] ‘Banjir lagi Kampung Melayu Subang, doakan kami’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/KAMPUNG-MELAYU-SUBANG-BANJIR-1024x768.jpeg)

