![Image from: [VIDEO] ‘Banjir lagi Kampung Melayu Subang, doakan kami’](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/KAMPUNG-MELAYU-SUBANG-BANJIR-1024x768.jpeg)
PETALING JAYA – Kampung Melayu Subang sekali lagi dinaiki air susulan hujan lebat melanda kawasan tersebut pada petang ini.
Menerusi perkongsian video daripada penduduk di kawasan tersebut pada platform Threads, terdapat beberapa laluan dinaiki air sehingga paras tayar kereta, manakala kelihatan air sungai mengalir deras.
Dalam masa sama, penduduk menyuarakan kebimbangan sekiranya rumah mereka dimasuki air sekali lagi susulan hujan lebat petang ini.
“Hujan 20 minit terus naik air, semoga dipermudah untuk warga Kampung Melayu Subang,” kongsi pengguna Threads Nrlazuwana yang memuat naik video keadaan jalan dinaiki air.
“Banjir kilat lagi, lokasi sekitar Petron dari Shah Alam ke Kampung Melayu Subang,” kongsi pengguna Threads Jeerahffy yang memuat naik video di dalam kereta serta sedang mengharungi jalan dinaiki air.
“Kali ketiga banjir Kampung Melayu Subang, doakan kitorang guys,” kata pengguna Thread Aisy.max pada satu hantaran.
“Orang Kampung Melayu Subang bersedia, air sungai dah nak penuh ni,” kongsi pengguna Threads Ynazkr yang memuat naik video keadaan sungai deras berdekatan rumahnya. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] ‘Banjir lagi Kampung Melayu Subang, doakan kami’ appeared first on Kosmo Online.





