
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan satu wilayah sehingga jam 9 malam ini.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata amaran tersebut melibatkan kawasan Hulu Perak, Muallim dan Batang Padang di Perak.
Selain itu, daerah Gua Musang dan Jeli di Kelantan turut terlibat.
Malaysia Berdepan Cuaca Ekstrem, Dari Hujan Lebat Luar Biasa Ke Musim Kering
El Nino Dijangka Catat Rekod Terkuat Sejak 1950, 2027 Berpotensi Jadi Tahun Terpanas
Bagi negeri Pahang pula, daerah ekan, Rompin, Lipis dan Cameron Highlands turut diramal hujan lebat.
Beralih ke Sarawak, amaran membabitkan kawasan Miri (Bario), Limbang, Kapit (Belaga) dan Kuching (Lundu).
Manakala di Sabah pula melibatkan Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Penampang, Ranau, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud), Sandakan (Paitan).
Amaran turut membabitkan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.






