
Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Kawasan Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka landa 10 negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam ini.
Menerusi amaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi jabatan tersebut, hujan lebat dijangka landa kebanyakan kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Johor.
"Di Kedah, daerah Baling, Kulim dan Bandar Baharu dijangka terima hujan lebat.
"Begitu juga di Pulau Pinang yang meliputi kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan," maklum MetMalaysia.
Keadaan cuaca di Perak menunjukkan hujan lebat bakal melanda hampir kebanyakan kawasan termasuk daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung. Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim juga turut dijangka alami hujan lebat.
Mayat 50 Bayi, Enam Dewasa Ditemui Di Trinidad Dan Tobago
Ini Cara Nak Beza Cap Jari Masih Elok Atau Rosak
Negara Ini Pilih Kembali Kepada Buku Fizikal Di Sekolah
Ramai Gen Z Tak Lagi Suka “Solo Travel”, Rupanya Ini Pilihan Mereka
Rupanya Ada Penjelasan Psikologi, Rahsia Pelayan Mamak Cekap Ambil Pesanan
Terus ke Selangor, MetMalaysia menjangkakan cuaca buruk di kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
Beralih pula ke Pantai Timur, hujan lebat diramal berlaku di daerah Dungan dan Kemaman di Terengganu.
Manakala di Pahang, daerah yang terlibat merupakan Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
Sementara itu, hujan diramal berlaku di daerah Jelebu, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.
Begitu juga daerah Jasin, Melaka.
Beralih ke Sarawak, daerah yang tersenarai termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Sarikei, Julau dan Meradong) dan Sibu (Sibu dan Kanowit). MetMalaysia juga menyenaraikan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) dan Kapit (Song) dalam amaran berkenaan.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," maklum jabatan tersebut.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat agar mengambil langkah berjaga-jaga ketika berada di luar, serta tidak berada di lokasi yang berisiko.






