Remaja dikhuatiri lemas di Bandar Botanik

1 Oct 2026 • 8:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Remaja dikhuatiri lemas di Bandar Botanik

KLANG – Kegembiraan sekumpulan remaja mandi-manda bertukar cemas apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas di kawasan berhampiran Jalan Angsana 9, Bandar Botanik di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.21 petang.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas tiba di lokasi pada pukul 6.37 petang.

“Komander operasi melaporkan seorang mangsa dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti mandi-manda bersama rakan.

“Mangsa dipercayai remaja lelaki namun umur dan identitinya masih belum dikenal pasti,” katanya malam ini.

Menurutnya, pasukan bomba terus menjalankan operasi pencarian bagi mengesan mangsa di kawasan berkenaan.

Operasi turut mendapat bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam bagi memperluaskan usaha pencarian. – KOSMO! ONLINE

The post Remaja dikhuatiri lemas di Bandar Botanik appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved