Pusat hiburan ‘sejenis’ warga asing diserbu

27 Sep 2026 • 12:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pusat hiburan ‘sejenis’ warga asing diserbu

PETALING JAYA: Sebuah pusat hiburan yang menawarkan persembahan tarian melibatkan golongan ‘sejenis’ diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Operasi Khas di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi bermula pukul 12.05 tengah malam itu dijalankan hasil maklumat awam dan risikan selama sebulan.

Katanya, seramai empat lelaki warga asing terdiri daripada tiga warga China dan seorang warga Filipina berusia antara 21 hingga 31 tahun berjaya ditahan.

“Semakan awal mendapati kesemua warga asing yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini.

“Jumlah keseluruhan yang telah ditahan adalah seramai empat orang. Kesemua mereka berumur  antara 21 hingga 30 tahuan,” katanya dalam kenyataan.

Zakaria berkata, pusat hiburan yang telah beroperasi sejak tahun lalu itu dipercayai menawarkan hiburan dan persembahan tarian oleh warga asing melibatkan golongan ‘sejenis’ dengan menyasarkan pelanggan tempatan serta warga asing di Lembah Klang.

Katanya, bayaran yang dikenakan bermula dari RM53 hingga RM700 mengikut minuman dan tempahan meja oleh pelanggan.

“Kesemua warga asing ditahan kerana dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut. 

“Seramai tiga lelaki warga tempatan telah diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan,” katanya. –UTUSAN

The post Pusat hiburan ‘sejenis’ warga asing diserbu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved