Hujan lima jam, 18 rumah penduduk dinaiki air

4 Aug 2024 • 12:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebanyak 18 rumah penduduk di Kampung Sri Behrang dinaiki air akibat hujan lebat berterusan lebih lima jam pada Ahad. - Foto: APM

image is not available
Keadaan rumah penduduk di Kampung Sri Behrang yang dinaiki air akibat hujan lebat berterusan lebih lima jam pada Ahad. - Foto: APM

TANJUNG MALIM - Hujan berterusan lebih lima jam menyebabkan 18 buah rumah di Mukim Hulu Bernam Timur dekat Behrang dilanda banjir pada Ahad.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan keadaan banjir itu melibatkan rumah penduduk Kampung Sri Behrang dekat sini.

Menurutnya, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat jam 10 pagi ini.

"Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muallim telah digerakkan bagi memantau dan membuat penilaian risiko di kawasan banjir.

**media[2752156]**

"Pemerhatian mendapati keadaan perkarangan rumah penduduk dinaiki air pada paras satu meter akibat limpahan air Sungai Bernam berhampiran," katanya dalam kenyataan di sini.

Tambahnya, situasi banjir di kawasan terbabit bagaimanapun didapati semakin pulih apabila banjir telah surut sepenuhnya.

Jelasnya, pemantauan diteruskan apabila keadaan semasa cuaca masih hujan renyai.