
Solat hajat dan munajat telah diadakan untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam di Masjid Kampung Baru di mana beliau turut membuat sumpah mubahalah di depan semua jemaah.
Beliau yang berdepan dengan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd kini sedang menunggu keputusan rayuan terakhir daripada Mahkamah Persekutuan.
Video yang dirakam ketika majlis solat hajat itu mendapat perhatian ramai warganet apabila beliau dilihat sebak ketika ‘Doa untuk Najib’ dibaca dan diaminkan para jemaah.
Najib yang memakai baju putih itu dilihat menutup mata ketika mendengar doa-doa tersebut dibacakan dan sesekali ternampak menundukkan mukanya.
Bagaimanapun, rakaman reaksi beliau itu mendapat perhatian dan pelbagai reaksi berbeza daripada netizen di media sosial.
Sesetengah daripada mereka dilihat mendoakan agar semua urusan berjalan dengan lancar dan berharap dia menerima hukuman yang setimpal.
Namun, ada yang memerli Najib dan berkata dia sengaja menggunakan elemen keagamaan ketika ini untuk menyentuh hati ramai.



Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
"Perlu Ke Sampai Macam Tu Sekali" - Netizen Pertikai Individu Salam Cium Tangan Najib Razak
The post “Hujung-Hujung Baru Nak Guna Agama” – Video Bekas PM Sebak Ketika ‘Doa Untuk Najib’ Dibaca Terima Pelbagai Reaksi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


![“Allah sayang sebab tu diuji” – [VIDEO] Ramai Sebak Tengok Neelofa Menangis Masa Perjumpaan ‘Reseller’ Innai](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)