Hukum Derma Organ Dalam Islam Harus Dan Digalakkan, Dr Zulkifli Jelaskan 7 Syarat

LocalHealth & Fitness
25 Nov 2026 • 10:59 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pendermaan organ dan tisu menurut perspektif Islam adalah harus, malah amat digalakkan, dengan tujuh syarat yang perlu dipatuhi bagi memastikan pelaksanaannya menepati ketetapan syarak.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan bahawa hukum pendermaan organ dan tisu menurut perspektif Islam adalah harus, malah amat digalakkan.

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, beliau memaklumkan bahawa terdapat tujuh syarat yang perlu dipatuhi bagi memastikan proses pendermaan dan pemindahan organ dilaksanakan mengikut ketetapan syarak.

 

View on Threads

 

 

Keizinan Penderma Organ Atau Wali Perlu Diperoleh

Menurut Dr Zulkifli, penderma perlu memberikan keizinan sebelum meninggal dunia dalam keadaan berakal, baligh dan tanpa sebarang paksaan.

Sekiranya tiada keizinan tersebut, keizinan wali boleh diperoleh selepas kematian penderma.

Selain itu, pemindahan organ perlu terbukti mempunyai peluang kejayaan berdasarkan kebiasaan perubatan.

Pendermaan Organ Untuk Tujuan Perubatan, Tiada Unsur Jual Beli

Beliau turut menjelaskan bahawa pendermaan organ hendaklah dilakukan semata-mata untuk tujuan perubatan dan bukan bagi kepentingan lain.

donate organ

Urusan pemindahan organ juga tidak boleh melibatkan sebarang unsur jual beli atau transaksi komersial.

Pemindahan tersebut perlu dilakukan atas keperluan darurat atau keperluan syarie yang disahkan oleh pakar perubatan, apabila tiada alternatif lain untuk menyelamatkan pesakit.

Pemindahan Organ Tidak Boleh Menyebabkan Percampuran Nasab

Satu lagi syarat yang digariskan ialah pemindahan tidak melibatkan organ reproduktif yang boleh menyebabkan percampuran nasab keturunan.

Proses pemindahan juga perlu dilaksanakan di pusat perubatan bertauliah secara adil, tanpa diskriminasi antara golongan kaya dengan miskin.

Penghargaan Kepada Individu Yang Mendaftar Sebagai Penderma Organ

Dalam perkongsian sama, Dr Zulkifli turut merakamkan penghargaan kepada individu yang telah mendaftar sebagai penderma organ.

Jelasnya, sumbangan tersebut mampu memberikan peluang kepada insan lain untuk meneruskan kehidupan menerusi pemindahan organ.

Penderma Organ Semasa Hidup Layak Rawatan Percuma Dan Wad Kelas Pertama Di Hospital KKM

Ada kemudahan perubatan daripada kerajaan untuk penderma organ yang telah menderma semasa hidup. Antaranya:

  • Rawatan percuma di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui kad pengesahan penderma hidup.
  • Kemudahan wad kelas pertama secara percuma, tertakluk kepada ketersediaan katil.
  • Pengecualian bil hospital, mengikut ketetapan yang berkuat kuasa.

Namun, kemudahan ini untuk penderma yang sudah melakukan pendermaan, bukan automatik diperoleh hanya dengan mendaftar atau berikrar sebagai penderma organ. Borang pengesahan KKM memerlukan maklumat pendermaan serta pengesahan pakar dan ketua jabatan.

Selain itu, kami kongsikan pautan lain dibawah.

Mysiren2026-11-23 18:02:51

Sistem Amaran Kecemasan MySiren Diperkenalkan, Ujian Seluruh Malaysia Pada 29 November Ini

The post Hukum Derma Organ Dalam Islam Harus Dan Digalakkan, Dr Zulkifli Jelaskan 7 Syarat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved