“Hukum gapo aurat si m*ti dilihat doktor lelaki” – Netizen Pertikai Sesi Bedah Siasat Adik Zara

Entertainment
11 Aug 2025 • 5:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita sedia maklum kubur arwah adik Zara Qairina telah digali semula untuk proses bedah siasat dan proses tersebut telah berjaya dijalankan selama 8 jam sebelum ia selamat dikebumikan semula pada jam 1.15 pagi tadi.

Berdasarkan laporan Berita Harian, pengebumian Allahyarhamah Zara Qairina dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang dan ia mengambil masa selama setengah jam.

“Hukum gapo aurat si m*ti dilihat doktor lelaki”

Saat ramai rakyat Malaysia ternanti-nantikan keputusan selanjutnya tentang kes pembelaan adik Zara ini, satu perkongsian daripada seorang netizen telah mengundang kecaman teruk kerana mempertikaikan hukum hakam pekerjaan seorang doktor bersama jenazah kerana berlainan jantina.

image is not available

Ramai netizen turut merasa tergamam apabila melihat perkongsian ini kerana dakwa mereka, masih ada lagi individu yang beranggapan sebegitu biarpun sudah masuk tahun 2025 ini.

image is not available image is not available image is not available

Rasanya perkara macam ni tak perlu diperjelaskan lagi, sebab dah banyak penjelasan pasal hal macam ni kan? Dekat majlis ilmu selalu sangat dah dijelaskan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.