Hulu Langat bakal miliki Akademi Latihan Al-Quran - Amirudin

17 Oct 2026 • 11:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hulu Langat bakal miliki Akademi Latihan Al-Quran - Amirudin
Amirudin (tengah) menyampaikan hadiah kemenangan kepada johan kategori wanita Hafazan Al-Quran dengan Qiraat Peringkat Negeri Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di sini pada Sabtu.

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor bercadang memperluas Akademi Latihan Al-Quran ke daerah Hulu Langat menerusi Belanjawan Selangor 2026.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peluasan susulan permintaan terhadap akademi itu di Hulu Langat yang ketika ini belum mempunyai kemudahan berkenaan.

Menurutnya, usaha itu bagi membolehkan latihan dan pendidikan al-Quran tidak hanya tertumpu di Masjid Negeri, sebaliknya diperluas ke lebih banyak daerah di Selangor.

"Daerah Hulu Langat belum ada lagi (Akedmi Latihan Al-Quran) kerana sebelum ini ada daerah Hulu Selangor, Gombak dan daerah lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Hafazan Al-Quran dengan Qiraat Peringkat Negeri Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di sini pada Sabtu.

Amirudin berkata, akademi yang mula beroperasi kira-kira tiga tahun lalu turut berperanan memperkukuh pendidikan al-Quran menerusi penglibatan guru dan pakar dalam bidang qiraat serta hafazan.

"Antara tenaga pengajar yang terlibat ialah tokoh berpengalaman termasuk juara musabaqah bagi membantu memperkukuh pendidikan al-Quran di negeri ini," ujar beliau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved