Hurzeler lega Brighton kembali menang

FootballSports
17 Jan 2025 • 11:33 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hurzeler

Jaringan Kaoru Mitoma (m-59) dan Georginio Rutter (m-81) menamatkan kemarau kemenangan Brighton & Hove Albion dalam lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris apabila menewaskan Ipswich Town 2-0 di Portman Road pada Jumaat.

Kemenangan itu mengangkat The Seagulls ke kedudukan kesembilan dengan 31 mata, manakala Ipswich tergelincir ke tangga ke-17 dengan 16 mata kembali ke zon penyingkiran di belakang Wolverhampton Wanderers.

Lega dengan kemenangan itu, Fabian Hurzeler berkata: " Sejujurnya ia adalah tempoh masa yang lama tanpa kemenangan.

"Ya, kami menderita sedikit, jadi saya gembira untuk pemain dan staf yang melakukan banyak kerja untuk kemenangan ini.

"Kami berhak untuk menang di sini dan kini tiba masanya untuk pulih kemudian kembali berdepan cabaran seterusnya."

Sebagai rekod, kali terakhir Brighton merekod kemenangan ketika menewaskan Bournemouth, 2-1 di Stadium Vitality pada 23 November lalu.

Mengakui kemarau tanpa kemenangan sesuatu pengalaman yang amat berharga, Hurzeler mahu pemain lebih bersedia berdepan cabaran baki saingan musim ini.

"Ia adalah satu pengajaran dan persediaan untuk tempoh buruk seterusnya. Adalah penting untuk kekal tenang dan mempercayai proses itu kerana persembahan tidak begitu teruk.

"Kami boleh memenangi satu daripada lapan perlawanan ini dengan mudah. Pada masa yang sama, kami juga jujur ​​antara satu sama lain tentang apa yang perlu kami lakukan dengan lebih baik," katanya.

Brighton akan terbang ke Stadium Old Trafford bagi berdepan Manchester United untuk perlawanan liga pada Ahad.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved