“Husnuzon Mereka Sudah Nikah” – Individu Kongsi Video Mesra Daiyan Trisha & Nazreem Musa, Netizen Kata Penyibuk

Entertainment
7 Oct 2022 • 4:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna yang memaparkan pelakon jelita iaitu Daiyan Trisha bersama adik kepada pelakon, Umi Nazeera iaitu Nazreem Musa.

Menerusi ruangan kapsyen, pemilik video berkenaan telah mempersoalkan hubungan mereka sebagai kawan baik dan mengundang gosip bahawa mereka sebenarnya sedang menjalin hubungan percintaan bersama.

Bagaimanapun, perkongsian video tersebut telah mengundang rasa tidak puas hati netizen kerana individu itu seakan sengaja memburukkan keadaan dan menimbulkan spekulasi.

Husnuzon sahaja la yang mereka ini sudah ‘nikah’. Malas nak masuk campur sebab itu urusan mereka dengan Allah, saya hanya buat content sahaja.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam individu berkenaan kerana sibuk menjaga tepi kain orang dan menyebarkan fitnah terhadap Daiyan dan Nazreem.

Malah, ada juga segelintir netizen yang memaklumkan bahawa mereka berdua sememangnya akrab dan ada juga yang memuji persahabatan yang terjalin antara kedua selebriti.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Jangan Ikut Perangai Ayah" - Mizz Nina 'Post' Gambar Dengan Anak, Netizen Ungkit Kes Ludah Noh Salleh