Hutan berhampiran SK Puncak Alam 2 terbakar, bomba giat halang api merebak

LocalEnvironment
27 Jul 2026 • 1:17 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Hutan berhampiran SK Puncak Alam 2 terbakar, bomba giat halang api merebak

SHAH ALAM, 27 JULAI: Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 2 berdepan detik cemas apabila kebakaran melanda kawasan hutan di sebuah bukit berhampiran sekolah itu, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.06 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikerahkan ke lokasi.

Menurut Ashrul Riezal Ashbarm operasi pemadaman turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan kawasan hutan di sebuah bukit seluas kira-kira dua ekar.

“Anggota sedang membina selang api (firebreak) bagi menghalang kebakaran daripada terus merebak, manakala kerja pemadaman dijalankan dengan bantuan PBS Saujana Utama,” katanya dalam kenyataan.

Image from: Hutan berhampiran SK Puncak Alam 2 terbakar, bomba giat halang api merebak
Anggota JBPM Selangor giat mengawal kebakaran di kawasan hutan berhampiran SK Puncak Alam 2, Shah Alam pada 27 Julai 2026. Foto JBPM Selangor

Terdahulu, gambar dan video kejadian di Lorong Gugusan 7/20, Puncak Alam tular di media sosial selepas dikongsikan penduduk setempat.

Kejadian itu turut mengundang kebimbangan ibu bapa memandangkan lokasi kebakaran terletak bersebelahan SK Puncak Alam 2 dan berhampiran kawasan perumahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved