Hutang Amerika lepasi RM161 trilion buat kali pertama

WorldBusiness & Finance
20 Aug 2026 • 10:46 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hutang Amerika lepasi RM161 trilion buat kali pertama

WASHINGTON – Hutang negara kasar Amerika Syarikat (AS) melonjak melepasi AS$40 trilion (RM161.78 trilion) buat kali pertama,  demikian menurut data kerajaan yang diterbitkan semalam, mengatasi ramalan awal dengan kenaikan sebahagiannya didorong oleh pembatalan tarif Presiden Donald Trump.

Jumlah hutang awam terkumpul berjumlah AS$40.05 trilion(RM161.98 trilion)  pada akhir waktu perniagaan kelmarin.

Angka tersebut berbeza dengan ramalan awal Pejabat Belanjawan Kongres bahawa keseluruhan hutang AS diunjurkan mencecah AS$39.4 trilion (RM159.35 trilion) menjelang akhir tahun fiskal 2026.

Peningkatan hutang Amerika  itu berlaku ketika inflasi, perang Asia Barat dan perbelanjaan kerajaan mencetuskan kebimbangan pelabur, manakala kos pinjaman juga meningkat.

Pulangan  sukuk Perbendaharaan jangka panjang pula meningkat ke tahap tertinggi sejak 2007, mencerminkan tekanan harga yang semakin meningkat akibat perang ke atas Iran dan kebimbangan terhadap perbelanjaan defisit AS.

Peningkatan itu memaksa kerajaan AS membiayai semula hutang pada kadar tertinggi sejak sebelum krisis kewangan global 2008. – AFP

 

The post Hutang Amerika lepasi RM161 trilion buat kali pertama appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved