
MOSCOW, 22 JULAI: Hutang awam di 16 negara Kesatuan Eropah (EU) mencapai paras tertinggi dalam sejarah pada suku pertama 2026, menurut analisis RIA Novosti berdasarkan data Eurostat.
Secara keseluruhannya, hutang awam bagi 27 negara EU meningkat sebanyak 327.3 bilion euro (US$373.1 bilion) pada suku pertama, mencecah 15.705 trilion euro - paras tertinggi dalam sejarah moden. Eurostat telah menyediakan rekod data berkenaan sejak 1994.
Perancis mencatatkan hutang awam tertinggi apabila liabiliti meningkat sebanyak 75.6 bilion euro berbanding suku sebelumnya, mencecah rekod 3.536 trilion euro.
Itali mencatatkan hutang awam kedua terbesar yang meningkat kepada paras tertinggi dalam sejarah iaitu 3.158 trilion euro daripada 3.096 trilion euro.
Jerman melengkapkan kedudukan tiga negara teratas dengan prestasi terburuk, merekodkan hutang awam sebanyak 2.902 trilion euro, berbanding 2.838 trilion euro pada suku sebelumnya.
Pada masa sama, hutang awam di Sepanyol mencecah 1.74 trilion euro, Belgium (706.581 bilion euro), Austria (431.411 bilion euro), Finland (255.139 bilion euro), Romania (229.427 bilion euro), Hungary (179.199 bilion euro), Slovakia (86.803 bilion euro), Croatia (55.216 bilion euro), Lithuania (36.26 bilion euro), Luxembourg (26.402 bilion euro), Latvia (20.436 bilion euro), Malta (11.458 bilion euro) dan Estonia (10.646 bilion euro).






