Hutang statutori Kerajaan Persekutuan 2026 diunjur kekal bawah 65 peratus daripada KDNK - MOF

LocalBusiness & Finance
10 Jul 2026 • 8:00 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Hutang statutori Kerajaan Persekutuan 2026 diunjur kekal bawah 65 peratus daripada KDNK - MOF Image from: Hutang statutori Kerajaan Persekutuan 2026 diunjur kekal bawah 65 peratus daripada KDNK - MOF johardy10/07/2026 - 08:00

KUALA LUMPUR 10 Julai – Paras hutang statutori Kerajaan Persekutuan selepas mengambil kira keperluan pinjaman pada 2026 diunjurkan kekal di bawah 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Kementerian Kewangan (MOF).

 

Kementerian itu berkata, dari perspektif pengurusan hutang, kerajaan sentiasa memastikan paras hutang berada di bawah had statutori yang ditetapkan.

 

“Susulan konflik geopolitik di Asia Barat, kerajaan memantau situasi ekonomi semasa melalui pelaksanaan sesi libat urus secara mingguan oleh Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

 

“Sesi libat urus itu dilaksanakan dengan tumpuan untuk memastikan bekalan tenaga dan keperluan asas kekal terjamin, kos kepada rakyat tidak meningkat secara mendadak serta membina daya tahan ekonomi negara bagi jangka panjang,” jelas MOF dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman web Parlimen hari ini.

 

Kementerian itu menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang meminta unjuran kedudukan fiskal Kerajaan Persekutuan sehingga akhir 2026, termasuk anggaran hasil kerajaan, defisit fiskal, komitmen hutang serta jumlah keseluruhan perbelanjaan subsidi.

 

Pada masa sama, kementerian itu berkata, kerajaan turut mengambil beberapa langkah kawalan bagi mengoptimumkan perbelanjaan merentas kementerian dan agensi kerajaan.

 

Menurut MOF, semakan semula unjuran fiskal 2026 akan diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2027 selepas mengambil kira petunjuk ekonomi terkini, selain prestasi kutipan hasil dan perbelanjaan sehingga separuh pertama 2026. - BERNAMA

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved