HZO Fortis Racing Kembali ke GT World Challenge Asia 2026 Bermula di Fuji

SportsCars
8 Jul 2026 • 9:12 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: HZO Fortis Racing Kembali ke GT World Challenge Asia 2026 Bermula di Fuji

Selepas tidak menyertai empat pusingan pertama musim ini, HZO Fortis Racing akhirnya mengesahkan penyertaan mereka dalam baki saingan GT World Challenge Asia 2026, bermula pada Pusingan 5 dan 6 di Fuji International Speedway, Jepun.

Pasukan itu akan mempertaruhkan Porsche 911 GT3 R (992) EVO bernombor 20 dalam kelas AM sebagai jentera pilihan bagi menghadapi empat pusingan terakhir musim ini.

Selepas aksi di Fuji, HZO Fortis Racing dijadualkan meneruskan cabaran di Okayama International Circuit, Beijing Street Circuit dan Shanghai International Circuit, sekali gus melengkapkan kempen mereka bagi baki musim 2026.

Penyertaan HZO Fortis Racing dijangka menambah sengit persaingan dalam kelas AM apabila pasukan itu bakal berdepan barisan pasukan GT3 terbaik Asia di beberapa litar ikonik sepanjang baki musim. Fuji International Speedway yang terkenal dengan laluan lurus berkelajuan tinggi serta selekoh teknikal bakal menjadi pentas pertama buat pasukan itu menguji kemampuan Porsche 911 GT3 R (992) EVO sebelum meneruskan cabaran di tiga venue seterusnya.

Image from: HZO Fortis Racing Kembali ke GT World Challenge Asia 2026 Bermula di Fuji
Foto: GT World Challenge Asia

The post HZO Fortis Racing Kembali ke GT World Challenge Asia 2026 Bermula di Fuji appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved