“I minta maaf Elya” – Tular Foto & Video Mesra Dengan Wanita, Ammar Nazhan Dakwa Imej Disunting

EntertainmentLifestyle
23 Dec 2025 • 1:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Berikutan tularnya satu video luahan cinta daripada seorang wanita terhadap pencipta kandungan, Ammar Nazhan pada 2 hari lepas, ia membuatkan YouTuber tersebut tampil membuat kenyataan terbuka dan sekaligus memohon maaf kepada buah hatinya iaitu Elya.

Ammar menerusi video itu menegaskan bahawa apa yang diperkatakan oleh wanita tersebut adalah fitnah. Jelasnya, video yang memaparkan imejnya itu telah disunting.

Imej disunting

Tegas Ammar, imejnya telah disunting dalam kepada gambar dan video berkenaan. Jelasnya lagi, mungkin dia pernah bersua dengan wanita tersebut tetapi tidak mengenalinya dengan lebih dekat.

“Saya memang serius untuk merisik dengan Elya, saya harap korang faham yang video itu tidak betul.”

@amnazhan

Saya tak kenal si dia , dan video tu adalah tuduhan tak berasas. I mintak maaf elya

image is not available

Di samping itu, Ammar juga memohon kepada wanita tersebut untuk memadam perkongsiannya kerana dia tiada kena mengena dengan wanita itu. Ammar juga turut membuat video permohonan maaf terhadap Elya jika berlaku salah faham di antara mereka.

Sebelum ini, tular satu video daripada seorang wanita mendakwa dia merupakan kekasih Ammar dan ditinggalkan selepas pemuda berusia 29 tahun itu mula popular. Wanita tersebut berharap agar Ammar kembali kepadanya dan memohon agar hubungan cinta mereka kembali terjalin.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.