“I Saw You On TikTok, IG.. Famous!” – Zizi Kirana Diperlakukan Secara Biadab Oleh Tentera IDF

WorldPolitics
6 Oct 2025 • 10:52 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia zizi Kirana

Menerusi satu temubual bersama Astro Awani, salah seorang aktivis misi Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu Zizi Kirana berkongsi pengalaman dilayani secara biadab oleh tentera Israel.

Dalam rakaman video bersama Astro Awani, Zizi berkata, dia bukan sahaja diherdik dan dipaksa menanggalkan pakaian, malah turut dihina kerana memegang al-Quran dan memakai tudung.

Dipaksa buka tudung dan dihina kerana Al-Quran

Menurut Zizi, dia juga disuruh menanggalkan topi yang dipakai dan tidak dibenarkan membaca al-Quran.

Saya pakai topi, dia suruh buka topi. Bila saya nak tenangkan diri, saya nak mengaji, dia ambil al-Quran saya, tarik dan tanya, ‘what is this?’. Saya jawab, ‘this is Quran, this is my Quran.’ Tapi dia terus rampas.

Tambahnya lagi, keadaan menjadi lebih memalukan apabila dia dibawa ke pusat imigresen Israel dan diperiksa secara kasar tanpa menghiraukan sensitiviti agama.

Mereka suruh buka kasut, buka stokin, saya kata tak boleh, haram. Lepas tu mereka paksa saya buka tudung. Saya cakap, “no, it’s haram, I am Muslim”. Tapi mereka tarik juga tudung saya.

Ketika itu, Zizi hanya mampu berzikir untuk mengelakkan daripada keadaan menjadi lebih keruh. Zizi turut berkongsi saat getir apabila dirinya dipaksa menanggalkan semua pakaian di depan tentera bersenjata.

image is not available

Kawan-kawan saya yang bukan Islam pun menangis tengok. Mereka jerit, ‘be strong!’ Saya cuma mampu sebut, Ya Allah, Ya Allah… sambil mereka terus periksa dan suruh saya buka semua pakaian.

Menurutnya, walaupun dipaksa memakai pakaian penjara tanpa hijab, dia tetap mempertahankan maruah dan prinsip sebagai seorang Muslim.

Pssttt! Semoga kisah ini menjadi peringatan kepada dunia bahawa kezaliman Zionis terhadap umat Islam tidak boleh dibiarkan berterusan.

Kredit: Asto Awani
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.