“Diorang Cakap ‘Have You Been To Isr*el’, Saya Suruh Tengok Front Page Passport Saya” – Baju Digunting & Hijab Direntap, Zizi Kirana ‘Lawan’ Tentera ‘Isewel’

WorldEntertainment
6 Oct 2025 • 11:00 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terbaru melalui laman Threads, penyanyi Zizi Kirana sewaktu ditemubual oleh Astro Awani, dia menceritakan kisah yang berlaku sewaktu menjadi tahanan tentera Israel.

Zizi kongsi kezaliman tentera Israel

Menurut Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil, layanan yang diterima memang sangat zalim apabila diheret ke satu ruangan, sebelum dibawa ke imigresen Israel.

Dengan bangganya diorang cakap ‘Welcome to Israel, have you been to Israel?’, saya dengan bangganya juga cakap ‘Maybe you should see the front page of my passport, you’re not recognise in my country.’

 

View on Threads

 

Hijab direntap, baju digunting

Dalam pada masa yang sama, tentera Israel turut tidak membenarkan Zizi senyum tetapi penyanyi tersebut sama sekali tidak berasa takut apabila menghadap individu-individu zalim itu.

Tambahan Zizi lagi, tudungnya juga direntap dan baju di bahagian dalam digunting oleh tentera Israel kerana mereka tidak mahu aktivis-aktivis ini memakai baju berlapis.

Sekadar info, Zizi difahamkan antara aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang terawal menjadi tahanan tentera Israel di penjara sana.

image is not available 2025-10-06 10:01:47

Misi GSF: Greta Thunberg & 70 Aktivis Lain Dijangka Dibebaskan Isra*l Hari Ini