“I stand with you…” – Altimet Titip Doa Buat Faisal Halim Di Kota Madinah

Entertainment
9 May 2024 • 11:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu Malaysia kini bersedih tentang insiden simbah asid yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.

Setakat semalam, Faisal Halim yang juga dikenali sebagai Mickey itu selamat menjalani pembedahan kedua dan menunjukkan respon yang positif.

Terbaru, artis hip hop yang kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet menitipkan doa buat pemain Selangor FC itu.

Beliau yang kini berada di tanah suci mendoakan agar Mickey kembali sihat dan dapat beraksi semula.

“Assalamualaikum, sekarang lebih kurang pukul 6.30 petang di kota Madinah dan saya berada di Masjid Nabawi untuk sembahyang Maghrib dan saya akan mendoakan saudara Faisal Halim untuk sembuh dengan sepenuhnya.

Saya akan berada di belakang awak, Faisal,” katanya.

Beliau juga mengambil kesempatan untuk mendoakan pemain kebangsaan itu agar dapat beraksi di padang bola dalam masa terdekat.

“Semoga doa YB dimakbulkan”

Ruangan komen di TikTok ADUN Lembah Jaya itu dipenuhi dengan doa-doa daripada netizen untuk pemain bola sepak terkenal itu.

image is not available

Sama-sama kita terus doakan Faisal Halim…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.