“I Tak Mention Directly” – Status Cetus Persoalan, Irma Hasmie Tak Mahu Komen Isu Cerai

Entertainment
28 Feb 2024 • 11:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
irma

Sebelum ini, timbul spekulasi kononnya rumah tangga Irma Hasmie dan suami, Redza Syah Azmeer goyah selepas selebriti itu memuat naik status memberi bayangan mengenai perkahwinan.

Dalam perkongsian itu, Irma memuat naik pesanan supaya tidak cuba mengajar seorang isteri sabar kerana macam-macam sudah dilaluinya demi melahirkan zuriat untuk suami.

Status undang persoalan

image is not available

Hantaran itu mencetuskan tanda tanda tambahan pula selebriti ini sudah lama tidak berkongsi foto bersama suami.

Menjawab kepada dakwaan sudah bercerai, Irma menerusi temu bual bersama Officialhlive enggan mengulas lanjut.

Tak nak ulas isu rumahtangga

Irma meminta maaf kerana tak dapat memberikan komen dan menjelaskan ramai yang mudah menghukum berdasarkan satu status sahaja.

Apa saya post tu jangan relate dengan apa yang kita fikir. Jangan agak-agak kerana saya tak mention directly pasal apa. Mungkin saya tengah cakap pasal benda lain. Mungkin saya baru balik event.

Katanya, dia baik-baik sahaja dan akan lebih berhati-hati sebelum memuat naik sebarang perkongsian di media sosial selepas ini.

Kredit: Instagram Official hlive

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved