“I Wish Saya Guna Duit Jualan Bantu Arwah Ayah, Aku Tak Ada Duit” – Khairul Aming Menangis Imbas Susah Payah Bangunkan Bisnes Dari Bawah

LocalBusiness & Finance
9 Sep 2026 • 10:53 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming atau lebih dikenali sebagai KA, mencuri perhatian selepas meluahkan perasaan mengenai perjalanan hidup dan kejayaan yang dibinanya tanpa bergantung kepada ‘kabel’.

Luahan tersebut turut menyentuh hati ramai apabila KA menyentuh mengenai arwah bapanya yang tidak sempat melihat kejayaan yang dikecapinya hari ini.

Advertisement

“Tak sempat banggakan ayah… ayah pergi dulu.”

Dalam perkongsian itu, KA turut menyifatkan perjalanan membina perniagaan sebagai sesuatu yang memerlukan usaha dan kerja keras, selain menegaskan dirinya bermula tanpa bantuan ‘kabel’.

“Kita usaha sendiri, tak ada kabel. Kerja keras. Orang lihat hasil, tapi tak nampak usaha.”

Luahan berkenaan kemudian mendapat perhatian warganet yang menyifatkan kata-kata tersebut sebagai cukup menyentuh hati, terutama selepas melihat perjalanan KA membangunkan jenama dan perniagaannya.

Pada masa sama, seorang pengguna media sosial turut mengingatkan mengenai kesan kata-kata dan tuduhan terhadap seseorang yang mungkin tidak diketahui oleh orang ramai.

“Dia Memang Berjiwa ‘True’ Kapitalis” – Dituduh Berniaga Hanya Cari Untung, Khairul Aming Luah Rasa Kesal

“Bukti kata-kata tu lagi tajam dari pedang. Kau punya fitnah silap haribulan boleh bagi orang jatuh down depression.”

Pengguna berkenaan turut menyeru orang ramai supaya tidak mudah menghukum atau membuat andaian terhadap seseorang yang tidak dikenali secara peribadi.

“Please jangan normalize mudah judge someone yang korang tak kenal langsung.”

Perkongsian itu turut menyentuh mengenai kritikan yang pernah diterima KA sebelum ini, selain menyeru masyarakat agar tidak membiarkan perasaan hasad dengki mengatasi usaha untuk menghargai kejayaan anak tempatan.

Luahan KA tersebut akhirnya mengundang pelbagai reaksi dan sokongan daripada warganet yang menganggap perjalanan serta prinsipnya dalam berniaga menjadi inspirasi kepada ramai orang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “I Wish Saya Guna Duit Jualan Bantu Arwah Ayah, Aku Tak Ada Duit” – Khairul Aming Menangis Imbas Susah Payah Bangunkan Bisnes Dari Bawah2026-09-08 14:08:06

"Dia Memang Berjiwa 'True' Kapitalis" - Dituduh Berniaga Hanya Cari Untung, Khairul Aming Luah Rasa Kesal

The post “I Wish Saya Guna Duit Jualan Bantu Arwah Ayah, Aku Tak Ada Duit” – Khairul Aming Menangis Imbas Susah Payah Bangunkan Bisnes Dari Bawah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved