![Khairul Aming Menitis Air Mata Kongsi Perjalanan Berniaga, Kisah Arwah Ayah Ketika Sakit Undang Sebak [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/Khairul-Aming-menangis-.jpg)
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Nama Khairul Aming tidak lagi asing di negara ini, malah individu ini sentiasa menjadi sorotan orang ramai dengan kejayaannya sebagai influencer serta usahawan makanan dan pemilik restoran Rembayung.
Namun dalam kejayaan yang dikecapinya itu, timbul isu selepas seorang pengguna media sosial melabelkannya sebagai ‘kapitalis’ selain memintanya membuka sebuah lagi cawangan restoran Rembayung.
Khairul Aming sedih ada pihak labelkan dirinya kapitalis
Sedar dengan perkara itu, Khairul Aming kemudian tampil menzahirkan rasa sedihnya apabila ada yang berasa serba tidak kena apabila anak tempatan berniaga.
“Sejujurnya sedih lah macam ni. Usahawan negara lain maju berniaga tapi bila kita yang tempatan nak buat serba tak kena. Kita nak usahawan tempatan grow (membangun) ke depan tapi dalam masa sama sentimen kapitalis diletakkan.
“Hasil perniagaan ini untuk semua. Pekerja, supplier, vendor abang kurier, pelanggan, cukai negara, pungutan zakat dan semuanya dapat manfaat.
“Segala ilmu yang dapat saya turunkan kepada semua untuk sama-sama belajar. Kalau dengan saya berniaga ni sakitkan hati anda, saya minta maaf,” katanya.
View on Threads
Akan cuba perbaiki setiap masalah, tegaskan tak pernah aniaya orang
Menerusi satu siaran langsung semalam (8 September) di TikTok, Khairul Aming turut meminta orang ramai memahami kedudukannya sebagai peniaga.
Jelas Khairul Aming, dia sedang mencuba sedaya upaya untuk memperbaiki setiap permasalahan mengenai restoran itu serta menegaskan dia tidak pernah menganiaya orang.
“Saya tak pernah menganiaya orang, saya tak akan buat macam tu kepada pelanggan saya. Itu prinsip saya pegang daripada duhulu. Tapi ada sampai satu tahap benda (ada perkara) saya tak boleh kawal.
“Contoh jualan malam ni saya boleh kawal, saya boleh pre order (tempahan awal) kilang kita boleh tambah produksi lebih, over time, nak tambah output, tambah mesin dan sebagainya,” katanya.
Namun jelas Khairul Aming lagi bagi situasi membabitkan perniagaan Rembayung, dia tidak boleh menambah kerusi mahupun meja.
Meskipun bersetuju antara jalan penyelesaiannya adalah dengan membuka cawangan baharu untuk restoran Rembayung tetapi dia juga meminta orang ramai untuk bersabar kerana Rembayung baru lapan bulan beroperasi.
Terima pelbagai respon kurang menyenangkan, restoran dibuka beri manfaat kepada orang ramai
Khairul Aming turut berkongsi beberapa respon kurang menyenangkan yang diterima di media sosial mengenai restoran itu seperti rasa makan biasa, kapitalis, mengambil kesempatan dan sebagainya.
Menurutnya, pada awal dia tidak mahu membuka restoran berkenaan namun perniagaan itu memberi banyak manfaat kepada orang ramai seperti:
- Membantu anak tempatan mendapatkan pekerjaan
- Membayar zakat
- Membantu usahawan lain sebagai pembekal dan banyak lagi
Teruskan berniaga dan menjadi influencer untuk beri insipirasi kepada anak muda
Khairul Aming turut mengatakan dia meneruskan apa yang dilakukan ini untuk memberi inspirasi kepada anak muda untuk terus berusaha dan menjaga etika dalam mencari rezeki.
Dalam video sama, Khairul Aming juga menjelaskan dia bukan mahu melayan kata-kata yang negatif namun perlu memberi respon sekiranya sesuatu perkara itu sudah menjurus kepada fitnah.
Bahkan influencer itu turut memohon maaf kepada para pelanggan yang kecewa dengan kualiti produk, individu yang mahu berkolaborasi namun tak kesampaian dan juga orang ramai yang tidak berjaya mendapatkan slot di Rembayung dan sebagainya.
View on Threads
Khairul Aming menangis kongsi perjalanan berniaga dan terkena ketika ayah sakit
Menerusi video lain yang dikongsikan, usahawan itu turut menitiskan air mata apabila mengenangkan perjalanannya sebagai peniaga selain terkenang momen arwah ayahnya sewaktu sakit.
Kongsinya sewaktu ayah sedang sakit, dia tidak berpeluang untuk membelikan ubat, mengambil penjaga mahupun menjaga sepenuh masa kerana bekerja makan gaji (kerja dengan syarikat orang lain).
Pekerjaannya ketika itu turut membuatkan dia terpaksa berada di pejabat selalu. Kongsinya sewaktu produk Sambal Nyet Berapi habis dijual, dia kemudian menyewa kedai kecil untuk menjalankan produksi pembuatan sambal yang seterusnya sehingga berkembang ke hari ini.
“Bila Sambal Nyet sold out (habis dijual) saya guna duit tu sewa kedai tepi jalan. Saya tak spend (guna untuk diri sendiri) apa-apa pun. Saya tak beli kereta mahal, tak bercuti, atau apa-apa.
“Duit tu saya rolling (gunakan semula), masa KA (Khairul Aming) jual Sambal Nyet pertama masa tu duit dalam bank ada seribu lebih. KA guna duit simpanan gaji, saya guna duit semua untuk sambal. Saya gamble (mencuba) je masa tu.”
Ambil pekerja 100% anak Kelantan untuk bantu mereka
Khairul Aming juga mengatakan sewaktu membuka kilang pekerja yang diambil adalah 100% warga tempatan daripada Kelantan.
Malah beliau menjelaskan mempunyai sebab tersendiri mengapa memilih anak Kelantan untuk bekerja antaranya kekangan kewangan untuk ke Kuala Lumpur mencari pekerjaan.
Malah video memaparkan dia menaja para pekerja percutian mewah dengan pelbagai aktiviti menarik kerana mereka tidak pernah merasainya.
“Ia adalah tanggungjawab saya untuk membantu tempat kelahiran saya,” katanya.
View on Threads






