“Ia Bukan ‘Ujian’ Yang Saya Sanggup Ambil” – Lelaki Undur Diri Setelah Kekasih ‘Request’ Hantaran RM50K

5 May 2025 • 4:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang lelaki membuat keputusan untuk menamatkan hubungan percintaannya selepas diminta menyediakan wang hantaran sebanyak RM50,000 oleh keluarga pasangannya.

Menerusi perkongsian oleh pengguna Threads, @Zafreezaharidan, lelaki terbabit memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp dengan bekas kekasihnya yang berakhir dengan keputusan untuk berpisah secara baik.

image is not available

image is not available

Menurutnya, meskipun beliau menghormati keputusan pihak keluarga, nilai hantaran tersebut tidak seiring dengan prinsip hidupnya.

Saya sentiasa percaya bahawa perkahwinan harus memberi tumpuan kepada membina masa depan bersama, tanpa tekanan kewangan yang tidak perlu… saya rasa saya bukan orang itu.

Beliau turut menyatakan bahawa keputusan untuk berpisah dibuat lebih awal bagi mengelakkan masalah yang lebih besar di kemudian hari.

image is not available

Saya faham yang menolak seseorang pun susah, sebab buat orang kecewa bukanlah satu perasaan yang baik. Akan tetapi, lebih baik daripada terus mengecewakan untuk masa yang lama.

Tahun lepas saya tolak seseorang, dan pengakhirannya seperti ini. Saya tak sangka ramai yang fokus dengan RM50 Ribu, tetapi isu ini lebih dalam berbanding wang tersebut.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif dalam kalangan warganet yang memuji kejujurannya dan keberanian untuk berundur secara matang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 hours ago

'YouTuber' Diburu JPJ Melaka, Ubah Suai Motosikal Boleh Naik Tiga Orang