“Ia dah 3 tahun lepas” – Calon PN Perjelas Isu Didakwa Tolak Warga Emas, Bakal Kemukakan Saman

Entertainment
3 Aug 2023 • 6:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini tular satu video menunjukkan seorang calon PN untuk kerusi DUN Lunas menolak seorang lelaki, disebabkan itu, Khairul Anuar Ramli menerusi Malaysiakini menyatakan yang beliau bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu dan media tertentu kerana “memfitnah”.

Katanya, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menyaman pihak terbabit secepat mungkin serta membuat tuntutan RM10 juta daripada setiap dari mereka.

Tegasnya lagi, beliau tidak akan berkompromi sama sekali dalam perkara itu dan tidak ada ruang kepada mana-mana pihak untuk meminta maaf.

Menjawab dakwaan yang mengatakan beliau menolak warga emas, ianya ditepis sama sekali oleh Khairul Anuar.

image is not available

“Saya juga geli hati dengan tajuk yang dinyatakan iaitu ‘calon PN DUN Lunas telah bertindak menolak warga emas’.”

“(Ini) juga cubaan merosakkan reputasi saya, sedangkan individu yang ditolak itu hanya empat tahun lebih tua daripada saya.”

Dalam pada itu, Khairul Anuar turut menjelaskan bahawa kejadian tersebut berlaku pada 3 tahun lepas, bukan semasa musim pilihanraya.

“Saya akan mendakwa beberapa media yang melaporkan bahawa kejadian itu berlaku semasa kempen PRU ke-15. Ia mengelirukan masyarakat dan orang awam. Kejadian itu berlaku tiga tahun lalu.”

“Saya akan teruskan dengan dakwaan itu. Amat keterlaluan, mereka menyerang peribadi saya, jatuh maruah keluarga saya, Bersatu dan juga maruah penyokong PN.”

image is not available

Khairul yang juga Ketua Penerangan PN Kedah turut menjelaskan klip tular itu disunting daripada video sebenar yang berdurasi 8 minit dan menceritakan situasi sebenar yang terjadi pada waktu kejadian itu.

“Ini bukan video baru, ini dah tiga tahun lepas, diviralkan di media sosial dan ada yang mendapat tontonan sehingga empat juta.”

“Video yang dirakam itu berdurasi lapan minit, tapi yang diviralkan hanya 19 saat dan tidak memaparkan keseluruhan apa yang berlaku. Kalau nak viral boleh tetapi siarkan sepenuhnya supaya rakyat dapat nilai.”

“Dia datang minta bantuan, tapi dia mengeluarkan kata-kata kesat kepada isteri saya, isteri saya dimaki hamun sejak awal lagi.”

“Selain itu, dia bertindak masuk pejabat saya di Lunas untuk merampas barang bantuan yang ada. Cara dia masuk juga, dengan memakai kasut.”

Khairul turut menjelaskan bahawa lelaki dalam klip video tersebut telah membuat laporan polis. Menurut Khairul Anuar, dia terpaksa menjalani perbicaraan mahkamah selama 18 bulan, tetapi pada 28 Mac lalu mahkamah membebaskannya daripada tuduhan itu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.