“Ia pakaian wanita” – Aisyah Hijannah Kongsi Lelaki Tidak Boleh Pakai Baju Kelawar

Entertainment
14 May 2024 • 5:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketika berada di rumah, kita biasanya memilih untuk memakai pakaian yang paling selesa dan lebih ‘bebas’.

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tular beberapa video yang memaparkan kaum lelaki memakai baju kelawar atau kaftan ketika berada di rumah.

Terbaru, pempengaruh terkenal Aisyah Hijannah berkongsi menerusi laman TikTok miliknya di mana lelaki tidak boleh memakai pakaian santai itu.

“Jika baju itu boleh dipakai oleh dua jantina berbeza, hukumnya berbeza. Tetapi kes di sini, kalau kita lihat secara umum tahu baju kelawar merupakan pakaian kaum wanita.

Tidak kisahlah kalau itu hanya sekadar baju tidur atau terlihat seperti satu kain selembar tetapi dipakai golongan wanita, makanya tidak boleh dipakai oleh kaum lelaki,” katanya.

Aisyah yang juga isteri kepada Alif Teega dalam pada itu turut menasihati lelaki di luar sana untuk tidak memakai lagi baju kelawar itu kerana ianya merupakan pakaian wanita.

Baru tahu…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.