Ibu Anna Jobling Tiba-Tiba Kongsi Foto Bersama Anak – “Rindu Anak Ke?”

EntertainmentLifestyle
30 Aug 2025 • 10:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama pelakon Anna Jobling sekali lagi jadi perhatian selepas ibunya berkongsi gambar bersama anaknya itu di platform Threads baru-baru ini.

Menariknya, foto berkenaan dimuat naik tanpa sebarang kapsyen, sekadar menampilkan mereka berdua dalam satu bingkai.

 

View on Threads

 

Namun, perkongsian tersebut segera mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen, lebih-lebih lagi selepas kontroversi hubungan tegang antara Anna dan ibunya yang sebelum ini hangat diperkatakan.

Terdahulu, Anna mendedahkan dirinya pernah melalui penderaan secara mental oleh ibunya, manakala si ibu pula menafikan dakwaan itu dengan menyifatkan anaknya tidak bersyukur.

Disebabkan itu, tindakan ibunya memuat naik foto bersama kini dianggap penuh tanda tanya, ada yang melihatnya sebagai usaha menjernihkan keadaan, tidak kurang juga yang menganggap ia sekadar ingin meraih perhatian.

image is not available 2025-08-23 14:47:59

"Seolah-Olah Korang Tak Ada Mak" - Ibu Anna Jobling Luah Rasa Kecewa