Nuna perkenal VIAA cabn, solusi buat ibu bapa ‘kaki travel’

Family & ParentingLifestyle
4 Nov 2026 • 8:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jenama kelengkapan bayi premium global, Nuna memperkenalkan VIAA cabn, stroller kabin pertamanya yang direka khusus bagi memudahkan perjalanan ibu bapa bersama anak kecil, terutama ketika menaiki pesawat.

Menawarkan gabungan reka bentuk kompak, ringan dan praktikal, stroller berkenaan membolehkan ibu bapa bergerak dengan lebih mudah tanpa perlu bersusah payah menguruskan stroller ketika berada di lapangan terbang.

Image from: Nuna perkenal VIAA cabn, solusi buat ibu bapa ‘kaki travel’

Image from: Nuna perkenal VIAA cabn, solusi buat ibu bapa ‘kaki travel’

VIAA cabn direka mengikut piawaian saiz kabin Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) apabila dilipat dan bar hadapannya ditanggalkan, sekali gus membolehkannya disimpan di ruang penyimpanan atas pesawat tertakluk kepada syarat syarikat penerbangan.

Image from: Nuna perkenal VIAA cabn, solusi buat ibu bapa ‘kaki travel’

Image from: Nuna perkenal VIAA cabn, solusi buat ibu bapa ‘kaki travel’

Dengan berat hanya 7.6 kilogram, stroller itu boleh dilipat dalam beberapa saat dan dilengkapi tali pembawa yang boleh ditarik bagi memudahkan pengguna menyandangnya di bahu ketika tidak digunakan.

Selain itu, VIAA cabn turut menawarkan kemudahan sistem perjalanan menerusi keserasian dengan kerusi kereta bayi siri Nuna PIPA yang boleh dipadankan secara terus hanya dengan satu klik tanpa memerlukan adaptor.

Image from: Nuna perkenal VIAA cabn, solusi buat ibu bapa ‘kaki travel’

Dari segi ciri keselamatan dan keselesaan, stroller berkenaan dilengkapi kanopi boleh laras dengan perlindungan UPF 50+, ciri kalis air serta pelindung matahari tambahan bagi memberikan perlindungan kepada bayi ketika berada di luar.

Ia turut menyediakan bakul simpanan berkapasiti sehingga 10 kilogram serta beg penyimpanan khas untuk memudahkan pembawaan ketika mengembara.

Image from: Nuna perkenal VIAA cabn, solusi buat ibu bapa ‘kaki travel’

VIAA cabn ditawarkan dalam lima pilihan warna ikonik iaitu Calla, Caviar, Chateau, Seasalt dan Thunder, dengan penggunaan disyorkan dari usia bayi baru lahir sehingga mencapai berat 22 kilogram.

Pengenalan produk berkenaan memperluaskan pilihan kelengkapan perjalanan Nuna, khususnya buat ibu bapa moden yang mengutamakan kemudahan, mobiliti dan keselesaan ketika membawa anak kecil ke destinasi pilihan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved