Ibu, bayi maut kemalangan di Gua Musang

11 Oct 2026 • 7:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ibu, bayi maut kemalangan di Gua Musang

GUA MUSANG: Seorang ibu dan bayi perempuannya maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kereta serta sebuah motosikal di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Kampung Paloh 3 di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 5 petang itu, ibu dan bayi tersebut maut di lokasi dipercayai mengalami kecederaan parah.

Selain itu, suami kepada wanita berkenaan yang merupakan pemandu kereta jenis Perodua MyVi parah selepas tersepit dalam kemalangan tersebut serta seorang lagi pemandu Perodua MyVi jenis G3.

Pemandu dan penumpang sebuah lagi kereta Perodua MyVi jenis SE dan penunggang motosikal turut mengalami kecederaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Pegawai Bomba Kanan I Cik Razak Harun berkata, seramai 10 anggota termasuk pegawai telah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.05 petang.

Katanya, setiba di lokasi pihaknya mendapati kemalangan melibatkan tiga buah kereta dan sebuah motosikal.

“Pemeriksaan mendapati pemandu Perodua Myvi G3 yang tersepit telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

“Mangsa yang mengalami kecederaan dan telah diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.-UTUSAN

The post Ibu, bayi maut kemalangan di Gua Musang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved